10 Mac 2009

BELASUNGKAWA:ALLAHYARHAM ZUBIR ALI

Balada Seorang Gadis Kecil

Gadis kecil itu telah bertahun
Dicengkam derita
Di khemah pelarian
Yang menjanjikan duka cita
Munir tak mengenal erti cinta
Telah kering airmata
Menangisi kematian
Ayahbonda dan saudara
Pada suatu senja
Langit Syatila
Menyaksikan pembunuhan
Anak kecil dan wanita
Munir ditembak
Penuh luka
Tapi ajalnya belum tiba
Kerna Tuhan mengasihi dia
Peristiwa hitam 17 September
Telah menjadi bukti
Sempurnalah kekejaman
Suatu bangsa yang sombong dan hina



salam....

tanggal 6 mac lalu,negara telah kehilangan seorang seniman,penyair,komposer,penyanyi dan pejuang lagu2 puisi,allahyarham zubir ali akibat komplikasi jantung..

sesungguhnya kehilangan beliau amat terasa khususnya di arena seni suara tanah air...
ramai yg terkejut kerna keadaan fizikal beliau tdak menunjukkan yg beliau sdang sakit..hanya keluarga terdekat dan sahabat sahaja yg tahu...

aku sendiri terkejut tatkala mndapat sms dari abg aku mengatakan beliau tlah meninggal dunia...tapi,ALLAH lebih menyayangi beliau..kita perlu redha dan sentiasa berdoa agar rohnya ditempatkan di tempat orang2 yg beriman...
al-fatihah...

02 Mac 2009

akal vs jiwa

"akal vs jiwa,
takdak jiwa,takdak rasa...
takdak rasa,takdak kehidupan..."-RAMLI SARIP

salam...
maaf,dh lama tak update..
terlalu berserabut kepala otak,tuhan saja yg tau..
tapi itulah manisnya kehidupan bukan?takdak masalah yg tak dpt kita selesaikan..
bak kata P.RAMLEE,"barang yg lepas jgn dikenang,kalau dikenang..."
hahaha,mcm2 beb.kehidupan sesuatu yg kompleks,amak kompleks...
so,atas kita sndiri lh nk tentukan yg mana baik,yg mana buruk...
2009,tahun yg agak mencabar bagi aku...
luka yg lama baru nk pulih,tapi terluka kembali...tapi aku percaya,
ini semua ketentuanNYA,aku redha dgn apa yg trjadi.semangat terbakar hangus,hidup mesti terus...
aduihai kasih aduhai...

12 Februari 2009

teroka minda,satu gerak nafas


ramai2 kita kasi pecah!!!!!
sapa tak turun,rugi...
hehehehe...
see u there guys!

07 Februari 2009

ROTTW vol 144


rottw,majalah muzik pertama di malaysia.dh hampir 13 tahun.
dh bnyak terlibat dalam menggerakkan industri muzik tanah air.labih lanjut,www.myspace.com/rottw.
isu ke 144 dh rilis,jgn tunggu lama2,nanti mnyesal,hehehe.

konsert alam muzik m.nasir

salam...
27,28 dan 1 februari ni di istana budaya.konsert alam muzik m.nasir,konsert solo beliau setelah bertahun menanti.akhirnya...tiket dh pon ditempah,hehehehe...tak sabar plak.bukan selalu kan nak tngk sifu kita ni buat konsert solo.last konsert beliau kalau tak salah,konsert akar,tahun brapa ntah dah tak ingat.so,ramai2 la kita memenuhkan istana budaya.jumpa di sana?insyaALLAH

05 Februari 2009

bolasepak malaysia

bolasepak malaysia...
selapas dibelasah 5-0 dgn u.a.e,maka tamatlah ''riwayat" b.sathianathan dan datuk soh chin aun.malang sungguh nasib dua individu ni...
dari apa yg saya perhatikan,sapa2 yg jadi jurulatih malaysia ni semuanya bernasib malang.tp,apa yg saya tak puas hati,jawatan pengurus yg sebenar adalah saudara khairy jamaluddin,tp apsal beliau tak bt keja?apsal datuk kena bt keja?
katanya dia ada komitmen lain.apa ni????????!!!!!!dh tau ada komitmen lain,jgn la dok pandai2 nak twar diri.tak pasal2 datuk jd mangsa keadaan.untk sathia,pada saya dia dh buat yg terbaik yg boleh.dh tak dak jodoh.tp katanya dh dpt tawaran 3 kelab,wah,hebat.
hebat bukan?kontrak tak habis lg,dh dpt 3 tawaran,superb!all the best sathia!
ok,kita pnya player...yg tu je yg kita ada,yg terbaik bt masa skrng.so,thats all.
kalian ada pendapat?silakan...

palestin,doa kami sentiasa kalian

salam...
dh lama sebenarnye nak tulis pasal benda ni...
seperti yg kita tau,bumi gaza telah diserang rejim yahudi laknatullah pd 27 dis lalu.dan setakat hari ni,ribuan rakyat palestin yg gugur syahid.tp,apa yg menyedihkan kita semua,pmbunuhan kanak2,wanita yg tak berdosa...
dn apa yg lbh memilukan,bantuan kemanusian bnyk yg tak dapt dihantar kerna mesir gagal memberi kerjasama,tak mau buka pntu sempadan.tapi alhamdulillah,spt yg kita semua sedia maklum,gencatan senjata tlhpn dipersetujui walaupun masih ada serangan2 kecil.tapi,saya percaya,para mujahiddin disana takkan berdiam diri,demi mempertahankan tanah air trcnta.sama2 lah kita berdoa agar ALLAH menghancurkan yahudi laknatullah.itu saja jihad kita yg termampu.palestin,doa kami sentiasa bersama kalian.ALLAHUAKBAR!!!!

28 Januari 2009

METALLICA-DEATH MAGNETIC

metallica..sapa yg tak kenal metallica,jgn pnggil diri anda seorang rockers!death magnetic,album studio ke 9 metallica telah berada dipasaran pada 15 september 2008 lepas.saya memang minat gila kat metallica ni,suma album saya buat collection,hehe..ok,death magnetic adalah album yg mengembalikan stail2 permainan metallica yg kita kenal melalui album kill em all(1983),ride the lighting(1985),master of puppets(1986) dan ..and justice for all(1988)....riff gitar dan vokal james hetfield yg keras,solo2 maut kirk hammet,hentaman dram lars ulrich,dibantu lagi dgn petikan bass padu robert trujilo,membuatkan album ni jadi satu album yg.....tak dapat nak gmbarkan dgn kata2,try cari dan dgr la sendiri..antara lagu2 yg menarik,the day that never come,that was just your life,my apocalypse...metallica,the living legend!back to the roots!!!

BUTTERFINGERS-KEMBALI

butterfingers kembali dg n KEMBALI.album melayu kedua mereka selepas
selamat tnggal dunia.album yg mengangkat martabat muzik melayu ke satu tahap yg lebih tinggi.
kali ini mereka bnyak bermain dgn pantun2 melayu lama,melodi2 melayu lama ala2 p.ramlee.menarik.proses rakaman baik,adunan,sound ok.grunge ke?ntah,dngr dn letakkan sendiri ok.tapi bg saya ini adalah muzik butterfingers.ok,kpd kalian di luar sana,dptkakkn yg original,support please.

salam...

peace be upon u...
1st of all,maaf kpd kalian semua kerna lama tak update.baru balik dari
program kem motivasi diri anjuran unit amal pulau pinang di taman negara pulau pinang.
program yg bnyak bagi pengalaman kpd saya tentang erti kehidupan.
selama 3 hari 2 malam disana,bnyak aktiviti2 yg menarik,trlalu bnyak utk dikongsi.
masa kita tak terbuang mcm tu saja,sntiasa dipenuhi dgn aktiviti.
3 hari mnum air paip,mkan nasi mentah dgn srdin,maggi dan roti.latihan ala tentera.
membuatkn diri terasa insaf bila mengenangkan nasib saudara2 kita di palestin yg hidup dlm keadaan yg tak tenteram.terasa diri ni kecil sgt.
trackin 3 km dalam keadaan gelap,tnpa sebarang cahaya lampu.pegang bahu sahabat di depan.mengambil masa selama hapir 2 jam setengah,memang mencabar kekuatan mental dan fizikal.tapi memang berbaloi,dlm perjuangan utk menegakkan agama ALLAH,perlu pengorbanan yg bkn sedikit.jadi kepada kalian diluar sana,join unit amal utk merasai sendiri pengalaman2 menarik.takbir!!!

26 Januari 2009

ON LEAVE


Salam,

Tuan punye blog bercuti yer....myb esok @ luse beliau akn kembali "mengupdate" dgn pelbagai cerita2 dan pengalaman menarik.....ekcely Tuan blog nie join "CAMPING" kat area penang gak...tp aku lupe name tempat die..(cmne leh lupe nie??)..lalalala....papepon kita tggu je la ape yg beliau nk citer...

Who am I???hehehehe....tue tgk kat sebelah kanan...ader x "RATNA KU"....itulah aku...lalalalalalala.....sekadar menjalankan amanat Tuan punye blog.....

Okey laa...aku pon ader blog gak(sempat tue nk promote blog sendri)lalalala...nk update yg sendiri punye plak....hehehe...lame2 kat blog org nie...kang ntah pape yg aku merepek raban plak....okey all...bubye.....

~NONO~

24 Januari 2009

WELCOME TO THE MACHINE


salam... so,welcome ke blog saya yg tak seberapa nih... ok,untuk pengetahuan kalian,blog ni hnya akan diupdatekan jika ada isu2 yg perlu sahaja... tujuan saya buat blog ni adalah untuk membangkitkan isu2 semasa dalam kehidupan kita seharian,tentang seni,muzik,filem dan semestinya yg berkaita dgn kehidupan.so,kalau ada silap dah salah,tlong lah tnjukkan,saya budak baru belajo.till next time,peace be upon u all!